Ikuti Kami:

“Saya Lagi Suka” – Woo Dohwan Ulas Babak Kim Saeron Disunting Dari ‘Bloodhounds’

“Saya Lagi Suka” – Woo Dohwan Ulas Babak Kim Saeron Disunting Dari ‘Bloodhounds’

Hanya kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Ini lah situasi yang berlaku buat staf dan pelakon yang terlibat bagi siri “Bloodhounds”.

Seperti yang semua ketahui, babak Kim Sae-ron terpaksa disunting bermula episod ke-7 selepas dia terlibat dengan kes memandu dalam keadaan mabuk. Disebabkan itu, pihak produksi terpaksa bekerja keras bagi meminimakan kerosakan yang mungkin berlaku disebabkan situasi tak dijangka berkenaan.

Dalam sebuah temubual rasmi, Woo Do-hwan menceritakan perasaan yang dirasainya semasa mengetahui tentang berita itu,

Saya terasa seperti rakan pelakon jatuh terjunam dalam kontroversi yang dalam. Saya terfikir ‘Apa yang boleh saya buat ni’.

woo dohwan

Tambahnya,

Saya tak mahu melihat pengarah rebah. Saya tahu betapa dia bekerja keras untuk naskhah ini. Saya terfikir dia sebagai watak utama dan saya tak boleh jatuh. Saya rasa saya ada beritahu bahawa dia tak perlu risau.

Jelasnya mengenai perkembangan cerita yang agak terpotong ketika episod ke-7 dan 8 yang dirakam selepas Kim Sae-ron digugurkan,

Saya rasa kami tak ada pilihan melainkan menyuntingnya. Macam mana saya nak ianya berlaku? Semua orang berfikir mengenainya dan ia merupakan sesuatu yang kami perlu tanggung.

kim saeron

Woo Do-hwan menjelaskan lagi,

Walaupun dipotong tapi hubungan ‘bromance’ bersama Lee Sang-yi lebih terserlah. Jadi apabila melihat kami memakai seluar tentera laut bersama, saya merasakan ‘Saya lebih suka ini’.

Bagi yang tak mengetahui, “Bloodhounds” membawa kisah penghutang yang mengejar pemiutang bagi mengejar keadilan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...