Ikuti Kami:

“Saya Kurus Kerana Ini Kerja Saya” – Han Sohee Halang Peminat Mahu Diet Sepertinya

“Saya Kurus Kerana Ini Kerja Saya” – Han Sohee Halang Peminat Mahu Diet Sepertinya

Sering dimomokkan dengan diet melampau oleh selebriti Korea, nampaknya Han So-hee mahu semua tahu realiti sebenar rutin penjagaan badan yang ekstrem buatnya.

Pada pagi ini, pelakon wanita itu telah mengadakan siaran langsung di Instagram bagi berkomunikasi dengan peminatnya. Antara soalan yang ditanya ialah bagaimana mahu memiliki badan secantiknya,

Jawab Han So-hee jujur,

Jangan begitu kurus seperti saya. Tolong jaga kesihatan masing-masing.

Tambahnya,

Yang dalaman yang dalam juga tapi lebih penting untuk melihat yang di luar, sebab itu saya kurangkan berat badan. Kalau bukan sebab itu, saya akan mengekalkan berat normal. Saya tak rasa kena lihat ianya dari perspektif kurus dan gemuk.

han sohee

Akui Han So-hee lagi,

Memang benar seronok kalau kita dapat pakai baju dengan baik, tapi saya harap ianya tak berlaku dengan membahayakan kesihatan sendiri. Saya juga berdiet kerana awak akan nampak lebih besar di skrin, tapi tak semua wanita kurus itu cantik. Awak kena sihat untuk nampak cantik.

Malah wanita itu mengakui bahawa dia sering teringin menjamah makanan manis namun terpaksa menolaknya kerana mempunyai photoshoot pada minggu hadapan.

Sedihnya dengan luahan Han So-hee..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...