Ikuti Kami:

“Saya Kurang Bakat Ke..” – Menyesal Jadi Idola? Sakura LE SSERAFIM Nangis Dek Sering Dikritik

“Saya Kurang Bakat Ke..” – Menyesal Jadi Idola? Sakura LE SSERAFIM Nangis Dek Sering Dikritik

Selepas persembahan di Coachella, LE SSERAFIM nampaknya telah meraih banyak kritikan dari orang ramai.

Baru-baru ini, LE SSERAFIM telah mengeluarkan dokumentari ‘Make It Look Easy’ di YouTube yang dirakam ketika mempromosikan album pertama mereka ‘UNFORGIVEN’.

Dalam siaran itu, Sakura menangis sambil mendedahkan perasaan sebenarnya debut sebagai penyanyi,

Saya tidak tahu mengapa saya memilih untuk jadi idola. Perlu ke? Bukannya memilih untuk jadi idola adalah keputusan yang salah tetapi saya tertanya-tanya jika jadi idola adalah pekerjaan terbaik untuk saya.

sakura le sserafim

Luahnya lagi,

Kadang-kadang apabila saya melakukan kesilapan, saya fikir orang lain yang mahir dalam perkara ini boleh melakukannya lebih baik dari saya. Dengar banyak sangat kritikan membuatkan saya berfikir jika saya salah melakukannya atau saya kurang bakat. Kenapa saya terlalu bersungguh-sungguh sampai saya menangis dan melalui kesukaran? Saya pun taktau kenapa saya nak buat benda ni.

Meninjau ruangan komen di laman komuniti dalam talian, netizen rata-rata berpendapat bahawa Sakura seharusnya lebih banyak berlatih dan usaha untuk memperbaiki dirinya.

Tambahan pula, dia sudah berbelas tahun bergelar penyanyi sejak dari kumpulan HKT48 lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Top Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...