Ikuti Kami:

“Saya Ketuk Belakang Kepala Dia” – SUPER JUNIOR Hampir Dibubarkan Akibat Bergaduh?

“Saya Ketuk Belakang Kepala Dia” – SUPER JUNIOR Hampir Dibubarkan Akibat Bergaduh?

Korang ingat tak SUPER JUNIOR pernah gaduh dulu?

Terbaru, tiga orang ahli SUPER JUNIOR, Lee-teuk, Shin-dong dan Lee Dong-hae tampil sebagai tetamu di rancangan “Sun Mi’s Showterview”. Menerusi rancangan tersebut, video di satu program muzik menjadi topik perbualan mereka dalam episod itu. sujuSebelum ini, video yang pernah tular tersebut telah berjaya menimbulkan khabar angin kononnya Eun-hyuk dibuli dalam kalangan ahli SUPER JUNIOR. Mereka yang pernah memenangi carta muzik mingguan dengan lagu “Mr. Simple” pada 2011, dilihat bergaduh ketika memberi ucapan penerimaan hadiah.

Mengingati insiden itu, Shin-dong berkata,

Ia sampai satu tahap di mana kumpulan kami boleh dibubarkan akibat pergaduhan itu.

Lee-teuk menambah,

Ketika itu, PD yang bertanggungjawab menjaga kami, terus memarahi semua orang dengan berkata, “Perangai apa yang kami semua buat sewaktu memenangi hadiah ketika itu?”

lee teukLee-teuk juga sempat menceritakan semula bagaimana pergaduhan antara mereka berlaku.

Kami mempunyai kolaborasi pentas dengan f(x), tetapi ia dibatalkan kerana kecederaan buku lali Luna. Saya kemudian cuba menghidupkan suasana kembali, dan apabila ia menjadi lebih baik, saya berbaring dengan selimut menutupi muka saya.

Tetapi seseorang bertindak untuk ‘bergurau’ dengan menyimbah air ke muka saya. Saya sudah memberi amaran kepada orang itu, tetapi saya masih sangat marah kerana orang itu masih meneruskan gurauannya.

Dia menyambung.

Ketika itu, saya menggulung selimut saya dan baling ke arah Dong-hae namun dia menafikan itu kerja dia. Saya nampak Eun-hyuk seperti sedang menahan ketawa, jadi saya memukul belakang kepalanya. Dia juga menafikan bahawa dia yang buat. Akhirnya, Kyu-hyun mengaku jadi saya terus tampar dia. 

sujuKyu-hyun yang agak terkejut dengan tindakan Lee-teuk cuba membela dirinya dengan berkata kepada Lee-teuk bahawa dia tidak boleh menampar begitu sahaja. Dek kerana terlalu mengikutkan perasan marah, Lee-teuk malah menampar Kyu-hyun lagi sekali.

Bagaimanapun, Lee-teuk dan Kyu-hyun sudah berbaik sewaktu di bilik menunggu namun, Eun-hyuk masih terkesan kerana dia dipukul tanpa sebab. Dek kerana itu juga, mereka semua naik ke pentas untuk memberi ucapan, tanpa senyuman di wajah kerana pergaduhan itu.

Ketika di pentas, Shin-dong berusaha untuk menceriakan semula suasana namun, semua ahli tidak menghiraukannya. Sebaik sahaja mereka semua kembali ke bilik menunggu, Shin-dong memarahi mereka semua.

Kamu semua ni profesional atau tidak? Saya cuba sebaik mungkin supaya tidak nampak terlalu jelas kalian bergaduh tapi seemua masih dengan perangai masing-masing!

shindongShin-dong menambah,

Saya sudah tidak tahan melihat semua orang begitu jadi saya terus keluar membeli ayam dan soju dan mengajak mereka semua ke Sungai Han. Kami berborak, berpeluk, menangis dan akhirnya bermaafan di sana. Tapi mereka tak minum, saya pula yang mabuk. 

Ha, begitulah adat berkawan… kena pandai jaga hati kawan ya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...