Ikuti Kami:

“Saya Kesal..” – Ibu Asyik Desak Kahwin, Song Jihyo Dedah Lari Dari Rumah

“Saya Kesal..” – Ibu Asyik Desak Kahwin, Song Jihyo Dedah Lari Dari Rumah

Song Ji-hyo mengaku pernah melarikan diri dari rumah akibat konflik dengan ibunya.

Terbaru, pelakon wanita itu telah menyertai program YouTube milik Yang Se-chan iaitu ‘SsookSsook’ dan berkongsi lebih mengenai perihal dirinya dan keluarga. Apabila ditanya bagaimana dia menyelesaikan pertelingkahan bersama ibunya, jawab Song Ji-hyo,

Semasa saya berumur antara 25 hingga awal 30-an, setiap kali pulang dari majlis perkahwinan seseorang, ibu akan mula berleter. Dia akan tanya bila saya nak jumpa lelaki, bila nak kahwin.

Tambahnya lagi, ibunya turut mengatur temu janji bersama calon lelaki namun dibentaknya,

Saya cakap ‘Kenapa macam ni, ibu?’ dan terus keluar rumah. Saya sengaja buat aksi besar-besaran supaya nampak saya marah. Saya akan sumbat barang-barang tak penting ke dalam beg dan cakap, ‘Saya nak keluar rumah’. Tapi ibu langsung tak halang saya.

song jihyo yang sechan

Yang Se-chan menambah bahawa ibunya mungkin boleh ‘membaca’ tindakan anaknya sendiri lantas tidak menghalan. Sokong Song Ji-hyo,

Mungkin betul dia fikir macam tu. Dia tak telefon pun. Jadi akhirnya saya balik sendiri. Biasanya saya pergi ke Cheongpyeong selama seminggu, kemudian perlahan-lahan masuk balik ke rumah. Lepas tu, ibu tak cakap apa-apa pun. Kami makan macam biasa, dan semuanya kembali seperti biasa. Masa itu memang saya selalu buat macam tu.

Akui Song Ji-hyo dan meluahkan rasa kesal kerana apabila difikirkan semula, dia berasa bersalah kerana melawan ibunya meskipun wanita tua itu mungkin inginkan yang terbaik buatnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...