Selepas J-Hope, peminat pastinya berteka-teki tentang siapakah ahli BTS yang seterusnya akan membuat debut secara solo.
Terbaru pada 15 Oktober, BTS telah mengadakan persembahan di konsert ‘Yet to Come in Busan’, dengan lebih 50,000 peminat telah hadir secara bersemuka.
Khususnya di penghujung konsert berkenaan, Jin telah mendedahkan kepada peminat bahawa dia akan menjadi ahli seterusnya yang akan mengeluarkan album solonya sendiri.
Kongsi Jin,
Akhir sekali, saya ada sesuatu untuk diberitahu kepada anda… Saya akhirnya menjadi ahli BTS kedua selepas J-Hope yang mengeluarkan album saya sendiri. Ia bukan album besar atau apa-apa, ia hanya sebuah single.
Jin has announced that he will be releasing a single album with a collab!
“I have a new album coming out. It's not that big of a deal. It's just a single.”#jin #seokjin
— ⟭⟬♥︎ (@BTSArmy_47) October 15, 2022
Menambah keterujaan peminat, idola itu turut berkongsi bahawa dia akan berkolaborasi dengan seseorang untuk album yang bakal dikeluarkan nanti,
Saya dapat bekerjasama dengan seseorang yang saya suka, jadi saya akan mengeluarkan lagu baharu. Saya telah merakam banyak perkara yang berbeza baru-baru ini, dan masih banyak kandungan yang tinggal untuk difilemkan, jadi saya harap anda akan menikmati semuanya.
Dah tak sabar ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.