Pasti ramai yang dah teruja untuk saksikan Lee Jun-ho dalam drama “King the Land” kan?
Baru-baru ini, Lee Jun-ho telah terlibat dengan satu temu bual khas, menjelang tayangan perdana “King the Land” pada 17 Jun nanti.
Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu berkongsi sebab dia memilih untuk terajui drama komedi romantik ini dengan berkata,
Saya mahu melakukan sesuatu yang orang ramai akan hargai. Kisah percintaan lucu yang berlatarkan suasana yang menyenangkan adalah perkara yang disukai semua orang. Memandangkan ia adalah drama komedi romantik, saya harap suasana yang baik di kalangan pengarah, kakitangan dan pelakon.
Kemudian, Jun-ho juga turut berkongsi persiapannya untuk membawa watak sebagai Goo-won dalam drama itu,
Saya cuba menunjukkan sifat sinis dan sombong Goo-won tanpa tidak keterlaluan, jadi apa yang saya lakukan ialah menggambarkannya secara terkawal dalam setiap urutan.
Tambahnya,
Saya juga telah bersenam dengan hebat. Watak itu adalah seorang yang dilahirkan kaya yang sentiasa memakai sut. Saya bekerja keras untuk memastikan penonton dapat melihat tubuh tegapnya melalui pakaian.
Memang bekerja keras tau Lee Jun-ho untuk “King the Land”!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily