Ikuti Kami:

“Saya Kelam-Kabut” – Keserasian Dipuji, Yoon Jion Ulas Babak Ciuman Dengan Kim Jieun

“Saya Kelam-Kabut” – Keserasian Dipuji, Yoon Jion Ulas Babak Ciuman Dengan Kim Jieun

Meskipun bukan pasangan utama dalam “Love Next Door”, Kim Ji-eun dan Yoon Ji-on tak dinafikan telah memaparkan keserasian mantap bersama.

Terbaru dalam satu sesi temu bual, Yoon Ji-on yang memainkan watak sebagai Kang Dan-ho, ada bercakap tentang babak ciumannya bersama Kim Ji-eun dalam drama tersebut,

Jelasnya,

Adegan ciuman pertama saya adalah dalam episod 10 tetapi ianya campur dengan banyak emosi seperti kesakitan, menghiburkan, menangis dan kemudian berciuman. Jadi, saya tak dapat beri tumpuan sepenuhnya ketika rakaman babak itu.

yoon jion kim jieun

Sambung pelakon lelaki itu lagi,

Babak ciuman yang betul bagi saya adalah dalam episod 14, sebelum saya meluahkan perasaan pada Mo-eum. Saya sangat gementar sebab Dan-ho agak tergesa-gesa dalam menciumnya jadi saya takut ia bukan waktu yang tepat dan tak dapat memegang mukanya dengan betul.

Diorang memang nampak serasi kan bersama?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...