Ikuti Kami:

“Saya Kecewa” – Yoo Jaesuk Ulas Sebab Lee Kwangsoo Undur Diri Dari Musim Ke-3 ‘The Zone: Survival Mission’

“Saya Kecewa” – Yoo Jaesuk Ulas Sebab Lee Kwangsoo Undur Diri Dari Musim Ke-3 ‘The Zone: Survival Mission’

Pastinya ramai yang sedih apabila mendengar khabar ketiadaan Lee Kwang-soo dalam musim ketiga “The Zone: Survival Mission” kan?

Terbaru, Yoo Jae-suk, Yuri Girls’ Generation, Dex dan Kim Dong-hyun telah menghadiri sidang media untuk musim terbaru rancangan berkenaan.

Jelas Yoo Jae-suk, dia berasa agak kecewa kerana Lee Kwang-soo tiada di sini bersama mereka. Katanya,

Semasa rakaman, saya selalu terfikir, ‘Jika Kwang-soo ada di sini, ini pasti akan menjadi yang terbaik, sangat kuat.’ Saya harap musim ketiga ini disayangi ramai dan Kwang-soo dapat bersama kami di musim keempat untuk menjadikan ‘The Zone’ lebih seronok lagi.

the zone

Sementara itu, “The Zone: Survival Mission 3” kembali dengan lebih hebat untuk menghadapi misi-misi yang melampau seperti serangan AI tanpa henti, melunaskan pinjaman rumah, dan bertahan tanpa melanggar batas.

Sayang Lee Kwang-soo tak ada kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Seoul

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...