Ikuti Kami:

“Saya Kecewa Dia..” – Staf Buka Cerita Sebenar Isu Jennie BP Hisap Vape Di Tempat Terlarang

“Saya Kecewa Dia..” – Staf Buka Cerita Sebenar Isu Jennie BP Hisap Vape Di Tempat Terlarang

Baru-baru ini, nama Jennie BLACKPINK hangat menjadi bualan selepas ‘ditangkap’ menghisap rokok elektronik di kawasan terlarang.

Namun, Jennie sudah pun mengaku kesalahannya dan meminta maaf pada peminat serta semua orang yang terkesan.

Dalam satu hantaran, seorang netizen yang mendakwa dia adalah salah seorang kakitangan idola itu telah menjelaskan tentang situasi sebenar yang berlaku dalam video yang dirakam di Itali itu,

Video itu dirakam di ruang menunggu pertunjukan fesyen Jacquemus, yang bukan kawasan larangan merokok. Jennie bertanya sama ada dia boleh merokok dan dengan tingkap terbuka, dia terus berbuat demikian.

Sambung kakitangan ‘A’ itu,

Selepas pertunjukan fesyen itu tamat, Jennie terus meminta maaf kepada kakitangan yang juga merokok, kerana menghembuskan asap ke arah mereka, dan dia memberitahu Jennie bahawa semuanya baik-baik sahaja. Saya tak rasa perangainya perlu dipersoalkan berdasarkan tingkah lalunya pada masa lalu. Sebagai kawan Jennie, saya sangat kecewa kerana dia disalahertikan. Itulah sebabnya saya meninggalkan komen ini.

jennie blackpink

Bagaimanapun, ramai yang menyebut bahawa Itali telah mengharamkan kegiatan merokok dalam bangunan di semua tempat awam sejak 2005 lagi dan rokok elektronik tetap dianggap sebagai tembakau.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...