Ikuti Kami:

“Saya Kecewa..” – Cha Jooyoung Respon Kontroversi Dek Babak Ranjang ‘The Queen Who Crowns’

“Saya Kecewa..” – Cha Jooyoung Respon Kontroversi Dek Babak Ranjang ‘The Queen Who Crowns’

Cha Joo-young akhirnya membuka mulut mengenai isu

“The Queen Who Crowns” menjadi perhatian pada awalnya kerana pendedahan keterlaluan dan adegan ranjang, yang turut menerima kritikan. Mengenai perkara ini, Cha Joo-young menyatakan,

Sudah tentu, mungkin ada adegan yang dirasakan ‘tidak perlu.’ Saya juga menyuarakan perkara itu di set. Fokus utama ialah kisah cinta pasangan diraja Dinasti Joseon. Saya mahu menunjukkan segalanya. Walaupun terdapat banyak kebimbangan, saya tetap memberikan yang terbaik sehingga akhir.

Cha Joo-young juga meluahkan rasa kecewa kerana pendedahan itu menjadi fokus utama. Dia berkata,

Saya tahu ramai yang tidak suka mendengar perkara ini, tetapi kekecewaan tetap kekecewaan.

cha jooyoung

Mengenai tahap pendedahan, dia menambah,

Saya ingin mengelak daripada membicarakan perkara itu. Saya bukan satu-satunya yang terlibat. Sebagai seorang pelakon, saya tiada masalah dengan adegan yang melibatkan adegan bilik tidur, dan jika saya boleh melakukannya, saya ingin mencuba. Namun, banyak perkara lain yang berlaku yang saya tidak boleh bincangkan.

Jelasnya lagi, dia berharap agar babak dia menayangkan badan itu tidak terlalu tular hingga menutup segala usaha keras ramai pihak.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...