Memang tak perlu dinafikan lagi bahawa Ji-soo BLACKPINK mempunyai pengaruh hebat sebagai seorang artis.
Terbaru dalam satu temu bual, Suho EXO berkongsi bagaimana dia mengalami kesukaran untuk mengambil gambar di Istana Versailles di Perancis, kerana perlu beratur selama berjam-jam hanya untuk memasuki kawasan bersejarah itu.
Namun selepas melihat foto Ji-soo yang diambil di tempat yang sama, lelaki itu akui kagum kerana tiada orang lain di kawasan tersebut dan menebak bahawa Ji-soo menyewa seluruh istana itu hanya untuk dirinya.
SUHO came across Blackpink Jisoo’s IG photos at the Palace of Versailles and thought it was cool because it seems like she rented the whole place. He wanted to hit “like” but didn’t because he was embarrassed to do so.#Suho #수호 #준면 #スホ #金俊勉 pic.twitter.com/XhICObGynm
— 수호룩봇 (@SUHOLOOK) August 4, 2024
Disebabkan terlalu kagum, Suho berkata bahawa dia ingin menekan butang ‘suka’ untuk hantaran Ji-soo itu tetapi terlalu malu untuk berbuat demikian.
Tetapi akhirnya, dia berjaya mengatasi rasa malu dan menyukai gambar ahli BLACKPINK itu.
View this post on Instagram
Another level tau Ji-soo ni!