Ikuti Kami:

“Saya Kagum” – Kim Euisung Puji Sikap Park Sodam Ketika Penggambaran ‘Special Delivery’

“Saya Kagum” – Kim Euisung Puji Sikap Park Sodam Ketika Penggambaran ‘Special Delivery’

Park So-dam telah dipuji oleh pelakon veteran, Kim Eui-sung.

Pada 6 Januari, Song Sae-byeok dan Kim Eui-sung, yang juga merupakan watak utama dalam filem “Special Delivery”, telah menjadi tetamu di siaran radio SBS Power FM “Park Ha-sun’s Cinetown”.

“Special Delivery” ialah filem aksi hiburan jenayah yang menceritakan kisah yang berlaku apabila Eun-ha, seorang pemandu penghantaran terperangkap dalam kemalangan yang tidak dijangka. Selain Park So-dam yang memegang watak Eun-ha, Son Sae-byeok memainkan watak Kyung-pil, seorang detektif veteran dan bos gangster. Kim Eui-sung muncul sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baekgang, sebuah syarikat ‘penghantaran khas’ yang menghantar apa sahaja untuk wang, termasuk barangan atau orang.

Park So-dam baru-baru ini menjalani pembedahan kanser tiroid dan sedang berusaha untuk pulih. Oleh itu, dia tidak dapat menghadiri sebarang aktiviti promosi untuk filem itu. Song Sae-byeok berkata,

Selepas sidang akhbar, saya membuka telefon saya dan melihat mesej daripadanya. Dia berkata dia menyesal kerana dia tidak dapat hadir. Saya pergi ke hospital, dan mereka memberitahu saya bahawa kesihatannya telah bertambah baik.

Kim Eui-sung menyambung dan memuji Park So-dam,

Saya nampak dia menjaga kakitangan seorang demi seorang ketika penggambaran. Dia seorang pelakon yang lebih seperti seorang senior, dan saya telah belajar banyak perkara daripadanya. Saya kagum dengan Park So-dam.

special delivery film

Makin tak sabar nak tengok filem “Special Delivery”, yang akan mula ditayangkan pada 12 Januari ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...