Selepas 16 episod, drama “Marry My Husband” telah pun melabuhkan tirainya.
Terbaru, Song Ha-yoon telah terlibat dengan satu temu bual khas, bagi menceritakan tentang wataknya yang menjadi perhatian iaitu sebagai Jung Soo-min. Pada awalnya, dia meluahkan perasaanya,
Saya berasa sangat bertuah. Ia adalah skrip dengan banyak cerita. Penonton memaki Jung Soo-min tetapi tidak mengutuk Song Ha-yoon. Saya rasa sungguh bertuah dan gembira. Namun, semasa membuat persiapan untuk memainkan watak ini, saya rasa sunyi.
Kemudian, mengenai sebab dia setuju untuk membintangi drama ini dengan wataknya sebagai wanita jahat, Song Ha-yoon menjelaskan,
Ia disebabkan ‘kebosanan’ terhadap pelakon Song Ha-yoon. Saya memilihnya kerana saya kebanyakannya asyik memainkan watak yang sama. Apabila saya melihat skrip, tiada siapa di sekeliling Soo-min. Saya tahu dia wanita jahat tetapi saya fikir ‘Siapa yang akan melindunginya?’ dan saya mula berfikir ‘Saya perlu memeluknya’.
Meskipun berjaya menerima pujian dari penonton, pelakon berusia 37 tahun itu ada mendedahkan tentang kesukarannya untuk menghidupkan watak ini,
Saya ada terima bantuan dari pakar psikiatri, bukan kerana saya mengalami masalah mental tetapi semasa menjalani penggambaran, saya tenggelam secara emosi dalam watak itu dan seluruh badan saya menggigil serta berasa sakit. Ianya sangat sukar. Jika saya terus begini, saya fikir saya tidak akan dapat menahannya jadi saya harus memisahkan diri saya sepenuhnya dari watak dan lakonan itu.
Tahniah Song Ha-yoon dapat menghidupkan watak Jung Soo-min dengan jayanya!