Ikuti Kami:

“Saya Juga Terkejut” – Taecyeon 2PM Tidak Tahu Wataknya Di Dalam ‘Vincenzo’ Adalah Watak Jahat

“Saya Juga Terkejut” – Taecyeon 2PM Tidak Tahu Wataknya Di Dalam ‘Vincenzo’ Adalah Watak Jahat

Macam mana boleh tak tahu ni?

Siapa je yang tidak mengenali Taecyeon 2PM yang banyak membintangi drama-drama sensasi Korea dan juga salah seorang pelakon utama di dalam drama “Vincenzo”. Taecyeon membawa watak sebagai Jang Jun-woo/Jang Han-seok yang juga merupakan seorang psikopat serta pembunuh bersiri didalam drama bersiri keluaran tvN itu.

Ramai peminat serta penonton berasa terkejut apabila mendapati bahawa watak intern yang ceria di dalam syarikat firma ‘Wusang’ itu merupakan watak jahat. Malah, mereka juga tidak pernah membayangkan Taecyeon membawa watak seperti itu.

vicenzo

Tambahan pula, ketika ditemu ramah di perjumpaan peminatnya di Hong Kong baru-baru ini, Taecyeon menceritakan bahawa pada mulanya dia beranggapan bahawa watak yang dibawanya hanyalah watak sebagai seorang intern yang comel dan periang semasa dia mula-mula membaca skrip yang disediakan untuk episod pertama dan kedua. Dia berkata,

Saya tidak mengetahui bahawa watak yang saya bawakan ialah watak jahat. Pada mulanya saya hanya menerima skrip bagi episod pertama dan kedua jadi pada masa itu saya beranggapan bahawa saya hanya akan menjadi Jang Jun-woo yang merupakan seorang intern yang ceria dan periang…jadi saya juga sangat terkejut.

Selain itu, ketika membuat kemunculan sebagai tetamu dalam satu rancangan yang dihoskan oleh Eric Nam, Taecyeon pernah memberitahu bahawa telah menjadi salah satu impiannya untuk memegang watak jahat namun ianya telah dihadkan oleh syarikatnya JYP Entertainment jadi dia sangat bersyukur apabila berpeluang menjadi watak jahat.

Saya bukan bercakap buruk, namun ketika saya masih berada di JYP… Ini merupakan perkara sebenar dan buka direka cerita, mereka tidak membenarkan saya untuk membawa sebarang watak jahat. Saya perlu mengekalkan imej sebagai seorang yang bersih, baik serta saya boleh bawa watak sebagai seorang yang nakal tapi bukan jahat seperti seorang pembunuh bersiri yang merupakan watak idaman saya…. jadi saya pun pindah ke syarikat yang lain.

Tapi memang betul watak yang Taecyeon bawa dalam drama “Vincenzo” tu meremangkan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...