Ikuti Kami:

“Saya Juga Terkejut” – Jun Somin Komen Bawa Watak Penggoda Provokatif Dalam ‘Show Window’

“Saya Juga Terkejut” – Jun Somin Komen Bawa Watak Penggoda Provokatif Dalam ‘Show Window’

Biasa dengan watak yang lebih naif dan lembut, Jun So-min membuktikan bakat lakonannya apabila mencabar diri menerusi drama “Show Window”.

Membawa watak Yoon Mi-ra, Jeon So-min akan menunjukkan sisi penggodanya apabila jatuh cinta pada suami orang malah menjadi rakan kepada isteri lelaki itu. Secara tak langsung, ramai yang tertanya-tanya mengapa ahli “Running Man” itu memilih untuk membawa watak tersebut.

Jawab Jun So-min,

Semasa saya membaca sinopsis buat pertama kali, saya merasakan bahawa keseluruhan ceritanya adalah menarik. Dan Yoon Mi-ra merupakan karakter yang saya langsung tak pernah mainkan sebelum ini. Jadi saya terkejut dan terpersona dengan tawaran ini.

jun somin show window

Yoon Mi-ra berjaya menggoyahkan hati Shin Myung-seop (Lee Sung-jae) dengan kecantikan dan persona yang mampu menarik perhatian semua orang.

Saya memberi fokus kepada perubahan Yoon Mi-ra yang kompleks namun dinamik. Saya berharap agar penonton dapat merasai sisi misteri Yoon Mi-ra.

Oleh kerana ramai yang terkejut melihat transformasi Jun So-min selepas melihat trailer drama ini, wanita itu berharap agar projek ini dapat mengasah bakatnya,

Kebanyakan penonton merasakan saya merupakan seorang yang peramah dan baik. Namun Yoon Mi-ra merupakan watak yang tegang dengan sisi yang tak dijangka. Jadi, saya merasakan projek ini merupakan peluang terbaik untuk meluaskan spektrum lakonan saya.

jun somin show window

Tambahnya lagi, dia berasa tertekan, teruja dan gementar dengan perkataan ‘transformasi mengejutkan’. Katanya, dia akan melakukan yang terbaik bagi mencapai jangkaan itu.

Untuk pengetahuan, “Show Window” ialah drama melodrama misteri mengenai seorang wanita yang menyokong seorang wanita lain tanpa mengetahui bahawa dia ialah perempuan simpanan suaminya. Ianya akan memulakan tayangan pada 29 November ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...