Selain berlakon dan terlibat dalam rancangan hiburan, Song Ji-hyo nampaknya ingin menceburi bidang baru pula dalam kerjayanya!
Terbaru, Song Ji-hyo, Haha dan Ji Suk-jin telah muncul sebagai tetamu dalam program Yoo Jae-suk “Pinggyego” untuk berborak tentang pelbagai topik.
Dalam siaran itu, Yoo Jae-suk bertanya tentang perkembangan terkini Song Ji-hyo. Kongsi wanita itu,
Saya sedang bersiap untuk melancarkan perniagaan pakaian dalam dan minyak wangi saya sendiri. Saya dah lama membuat persiapan dan sudah bercakap dengan Yoo Jae-suk tentang perkara ini sejak 2 tahun lalu.
Luah Song Ji-hyo lagi mengenai kesurannya,
Ia sangat sukar bila saya betul-betul mencubanya. Saya tidak melakukannya dengan syarikat sebab saya buat semuanya sendiri.
Celah Haha,
Dia CEO sekarang.
Komen Yoo Jae-suk pula memberi semangat kepada wanita itu,
Ji-hyo keluar dan melihat produk itu sendiri. Dia juga datang bekerja pada awal pagi. Ia adalah sesuatu yang dia lakukan dengan penuh cinta.
Fighting Song Ji-hyo!