Ikuti Kami:

“Saya Janji..” – Cha Eunwoo Akui Akan Usaha Belajar Bahasa Inggeris Untuk Tunjuk Imej Lebih Baik

“Saya Janji..” – Cha Eunwoo Akui Akan Usaha Belajar Bahasa Inggeris Untuk Tunjuk Imej Lebih Baik

Cha Eun-woo beri kata-kata motivasi kepada peminat?

Terbaru, pelakon dan idola Cha Eun-woo telah tampil menjadi tetamu dalam video Dazed Korea di YouTube.

Dalam video tersebut, pelakon itu mengacarakan segmen baru yang diberi nama ‘Membaca Komen’. Khususnya, ada satu komen yang ditulis,

Cha Eun-woo telah memotivasikan diri saya untuk menjalani kehidupan tenang.

Respon Cha Eun-woo dengan perasaan malu,

Terima kasih kerana menyukai saya. Saya menjalani kehidupan yang sukar setiap hari. 

cha eunwoo

Komen seterusnya yang dibaca idola itu adalah,

Awak punyai naluri yang baik dan tak nampak gementar. Sepertinya pandai berbahasa Inggeris, sepertinya awak memang seorang yang bijak dan bukan sahaja miliki wajah cantik.

Ulas ahli ASTRO itu mengenai komen tersebut,

 Saya tak pandai berbahasa Inggeris. Saya rajin belajar semasa muda tapi agak kecewa kerana hanya terberhenti di situ.

Tambahnya lagi,

Saya berazam untuk belajar bahasa Inggeris dengan tekun pada hari ini dan saya berjanji bahawa saya akan menunjukkan kepada awak imej yang lebih baik. Apa-apa pun, saya berasa sangat gembira apabila awak berkata saya mempunyai naluri yang baik. Terima kasih.

Mesti Cha Eun-woo terharu baca komen-komen dari peminat dia.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...