Song Ji-hyo kembali memenangi anugerah untuk “Running Man” selepas 10 tahun pulang dengan tangan kosong.
Kelmarin, acara ‘2024 SBS Entertainment Awards’ yang disiarkan secara langsung telah menyaksikan wanita itu menerima anugerah ‘Scene Stealer’.
Song Ji-hyo, yang menerima anugerah itu berdasarkan undian penonton, menyampaikan,
Anugerah ini lebih bermakna kerana diberikan oleh para penonton. Anugerah ini diberikan kerana usaha dan sokongan ahli-ahli lain, jadi saya tidak merasakan ia sepenuhnya kerana diri saya sahaja.
Song Ji-hyo juga berjanji,
Saya akan berusaha untuk menjadi ahli Running Man yang terbaik, walaupun bukan memenangi anugerah tertinggi, pada tahun depan.
Pelakon tersebut turut tidak lupa menyebut nama ibunya dan berkongsi kegembiraan menerima anugerah itu, menarik perhatian para hadirin.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.