Setelah lama menanti, Rowoon kembali menemui penonton dengan drama baru!
BACA: Rowoon SF9 Dilamar Terajui Drama Bersejarah ‘Sending Me To You’
Pada 23 Ogos, Rowoon telah menghadiri sidang media untuk drama barunya “Destined With You” dan dia berkongsi bahawa dia kehilangan 8KG berat badan untuk wataknya dalam siri berkenaan.
Untuk pengetahuan, “Destined With You” ialah drama percintaan di mana Rowoon akan membawa watak seorang peguam Jang Shin-yu, yang bekerja sebagai penasihat undang-undang untuk Dewan Bandaraya Onju. Wataknya akan terjebak dengan sumpahan dari buku yang diturunkan dari Dinasti Joseon.
Kongsi Rowoon,
Drama ini adalah adaptasi dari webtoon jadi saya rasa rasa perlu muncul ‘seperti webtoon’ sebaik mungkin.
Jelasnya lagi,
Oleh kerana watak ini mempunyai sejarah penyakit keluarga, saya hilang kira-kira 8KG berat badan. Itulah sebabnya saya kelihatan lebih kacak. Saya juga sangat bersyukur kerana ia membuatkan saya kelihatan lebih seperti watak dalam komik.
Sementara itu, “Destined With You” akan bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis, bermula pada 23 Ogos.
Jangan lupa tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.