Ikuti Kami:

“Saya Ingin Berkolaborasi Dengan CL & IU” – Hyolyn Impikan Kolaborasi Duet Dalam ‘Double Trouble’

“Saya Ingin Berkolaborasi Dengan CL & IU” – Hyolyn Impikan Kolaborasi Duet Dalam ‘Double Trouble’

Bagi peminat kumpulan Sistar pastinya amat meminati teraju utama kumpulan itu, Hyo-lyn. Siapa je tak kagum dengan bakat tarian dan nyanyian Hyo-lyn kan? Terbaru, ‘Duet King’ itu, meluahkan hasratnya untuk berkolaborasi dengan dua nama-nama terkenal. Siapa eh?

Terdahulu, Hyo-lyn berjaya memenangi tempat pertama dengan dalam program “Double Trouble” di peringkat duet ‘Adult Ceremony’ di samping Kim Jun-su, yang berakhir pada Mac lalu. Dia memenangi hadiah wang berjumlah 100 juta won, sehingga mendapat jolokan ‘Duet King’ yang tiada tandingan. Namun, kesemua hadiah kemenangan Hyo-lyn didermakan kepada badan amal dan kepada peminat, bukan sahaja buat peminatnya tetapi juga nama peminat Kim Jun-su.

hyolyn

Persembahan Hyo-lyn dalam “Double Trouble” sangat memberansangkan dari episod pertama. Hyo-lyn menunjukkan keharmonian sempurna yang unik dengan menyanyikan Lim Seul-ong dari 2AM serta menyanyikan lagu “Dream” oleh Suzy dan Baekhyun.

Ikutan daripada kerjasamanya bersama Lim Seul-ong , Hyo-lyn turut berkongsi pendapatnya,

Dia adalah orang yang paling selesa kerana dia mempunyai lebih banyak pengalaman daripada saya. Saya diyakinkan dengan cara pemikiran bahawa dia tidak mempunyai semua pengalaman itu secara percuma.

Saya mempunyai masa yang agak sukar kerana saya perlu memberi perhatian lebih kepada beberapa perkara kerana saya menjalankan agensi lelaki, tetapi saya sangat seronok kerana Seul-ong banyak membantu saya

Hyo-lyn menunjukkan keserasian yang hebat dengan kelima-lima artis menerusi “Double Trouble” seperti Taeil Block B, Kim Jun-su, In-seong SF9 dan juga Kim Dong-han WEi selepas Lim Seul-ong . Terbaru, apabila Hyo-lyn muncul dalam wawancara dan rancangan radio , dia berkata,

Saya mahu bekerja dengan seseorang. Memandangkan mereka mempunyai perkara yang saya tidak ada, saya fikir mereka akan mengeluarkan perkara tersebut dari dalam diri saya apabila kami bekerjasama. Saya mengharapkan kerjasama dengan IU.

 

iu hyolyn cl

Kemudian Hyo-lyn turut meluahkan keinginan untuk melakukan persembahan duet baharu bersama lagi seorang penyanyi berbakat, CL.

Saya tidak dapat menghubungi IU kerana saya tidak pernah bekerjasama dengannya, tetapi saya rasa saya ada meninggalkan mesej di akaun media sosialnya.

Saya fikir agak bagus juga untuk bekerjasama dengan CL. Saya sebenarnya pernah berborak dengan CL. Tetapi kerana kami mempunyai rancangan sendiri, bukan mudah untuk memadankan jadual kami, jadi saya mahu bekerja dengannya jika saya mempunyai peluang.

Baru sahaja rancang, tapi dah boleh bayangkan hebatnya macam mana? Diharapkan agar impian Hyo-lyn untuk bekerjasama dengan IU dan juga CL dapat dicapai di masa akan datang. Tak sabar betul nak tunggu hasil karya daripada mereka!

Apa pendapat korang kalau mereka kolaborasi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...