Ikuti Kami:

“Saya Ingat Dia Bergurau” – Buat Pertama Kali Gu Hyesun Buka Cerita Penceraiannya Dengan Ahn Jaehyun

“Saya Ingat Dia Bergurau” – Buat Pertama Kali Gu Hyesun Buka Cerita Penceraiannya Dengan Ahn Jaehyun

Walaupun dah berbulan-bulan lamanya berlaku tetapi nampak gayanya seperti tiada kesudahan pada kemelut rumah tangga selebriti Ahn Jaehyun dan Gu Hyesun. Sejak kes itu sampai ke pengetahuan umum, kedua-dua mereka hanya berbalas kenyataan dan penjelasan menerusi laman media sosial dan bukannya secara terbuka di hadapan pihak media.

Tetapi pelakon wanita yang popular menerusi drama “Boys Over Flower” telah menerima lawatan daripada wartawan rancangan “One Night Of Entertainment” baru-baru ini bagi memberikan input yang lebih mendalam mengenai isu ini. Walaupun temu bual itu adalah untuk menanyakan soal kerja sukarelawan yang dilakukan Gu Hyesun di tempat belaan haiwan, tetapi dia akhirnya membuka kisah sedih itu.

gu hyesun buka cerita penceraian

Kata wanita itu, ramai orang terdekat dengannya yang meminta dia agar tidak melakukan sebarang temu ramah kerana luahannya di laman media sosial selepas perpisahan itu berlaku.

Semua orang di sekeliling saya berasa sangat risau dan meminta saya tidak menjalani sebarang temu bual. Saya banyak bergantung kepada orang awam dan saya berasa malu dengannya selain terasa seperti keanak-anakan. Saya minta maaf jika saya memenatkan anda semua. Saya cuma mahu menjelaskan salah faham yang timbul.

gu hyesun buka cerita penceraian

Gu Hyesun menjelaskan dengan tenang bahawa dia ingatkan Ahn Jaehyun sekadar melawak semasa mengutarakan permintaan cerai itu.

Pertama kali saya mendengar dia meminta cerai, saya agak tenang. Sampaikan saya ingat dia bergurau dalam nada yang serius. Selepas saya sedar ia bukanlah gurauan, saya jadi sangat marah. Saya berikan hati saya untuk segalanya, jadi saya terasa seperti dikhianati. Pada masa itulah, saya mula menaruh perasaan benci.

Apabila ditanya kenapa dia meluahkan perasaan menerusi media sosial pada ketika itu, pelakon itu menjawab bahawa dia juga seorang wanita yang punyai perasaan.

Saya tak kisah yang saya seorang selebriti dan mempunyai kerjaya pada ketika itu. Saya hanyalah seorang manusia, wanita, wanita kepada seorang lelaki, jadi saya meluahkan segala rasa marah dengan apa cara yang ada. Saya tahu saya sedang membodohkan diri dengan melakukan itu.

gu hyesun buka cerita penceraian

Gu Hyesun tidak segan untuk mengaku bahawa dia sedaya upaya cuba menyelamatkan rumah tangga yang baru dibina selama dua tahun itu.

Semasa saya berkahwin, saya tak terfikir langsung yang saya akan bercerai. Jikalau pun kami bergaduh, kami akan selesaikan masalah tersebut dan berbaik semula. Kami berjanji akan sentiasa berada di sisi masing-masing tak kiralah ketika sakit atau pun susah. Sejujurnya, semua yang berlaku ini seperti mimpi. Saya rasa seperti berada dalam mimpi buruk selama 6 bulan ini.

Alasan utama yang membuatkan dia diam untuk seketika waktu di media sosial adalah apabila Ahn Jaehyun mula meriliskan mesej perbualan mereka. Pada ketika itu, wanita ini sedar bahawa perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Tambahan pula, dia merasakan keratan teks yang dipilih membuatkan dia nampak ‘gila’ pada mata umum dan Gu Hyesun tidak mahu berlawan dengan menggunakan cara kotor yang sama.

Saya cuma mahu berkomunikasi. Saya tidak mahukan penceraian. Atas sebab itu saya cuba bertahan tetapi kini saya rasa saya perlu mengikut arahnya kerana itu adalah apa yang dia mahukan.

gu hyesun buka cerita penceraian

Gu Hyesun juga mendedahkan bahawa dia langsung tidak berhubung langsung dengan Ahn Jaehyun sejak isu ini bermula dan dia juga sempat berseloroh.

Saya akan jumpa juga dia pada suatu masa nanti. Mungkin di mahkamah.

Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk mereka berdua. Siapa yang nak bercerai semasa mereka membuat keputusan untuk berkahwin kan? Apa-apa pun harapnya semua berjalan lancar buat Ahn Jaehyun dan Gu Hyesun.

Sumber: Sports Seoul

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...