Ikuti Kami:

“Saya Ikhlas..” – Peminat ‘Lari’ Dek Bercinta Dengan Lee Jaewook, Karina aespa Tulis Surat Permohonan Maaf

“Saya Ikhlas..” – Peminat ‘Lari’ Dek Bercinta Dengan Lee Jaewook, Karina aespa Tulis Surat Permohonan Maaf

Pada minggu lalu, dunia hiburan Korea telah dikejutkan dengan berita mengenai hubungan percintaan antara Lee Jae-wook dan Karina aespa.

Terbaru pada 5 Mac, Karina telah memuat naik surat permohonan maaf di Instagram, di mana wanita itu memohon maaf kepada peminat kerana mengejutkan dan mengecewakan mereka.

Tulis penyanyi itu,

Hello, ini Karina.

Pertama, saya memohon maaf kerana mengejutkan anda, dan saya akhirnya menulis ini lewat kerana saya berasa sangat berhati-hati terhadap MY (kelab peminat) yang pastinya sangat terkejut.

Saya tahu betapa kecewanya MY yang menyokong saya sehingga sekarang, dan saya juga tahu bahawa mereka berasa kecewa semasa memikirkan kembali perkara yang telah kami katakan antara satu sama lain. Saya berasa lebih menyesal kerana saya juga memahami perasaan itu dengan baik.

Saya akhirnya menulis surat ini dengan harapan dapat menyampaikan perasaan saya walaupun sedikit.

Walaupun saya bimbang surat ini mungkin menyakiti MY sekali lagi, sebab saya mengambil risiko dan menulis ini adalah kerana saya ingin menyampaikan bahawa saya amat memohon maaf kepada peminat yang menghadiahkan saya musim sejuk paling hangat dalam hidup saya sejak saya debut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KARINA (@katarinabluu)

Sambungnya lagi,

Mulai sekarang, saya mahu melakukan kerja yang baik mengisi tempat di mana MY telah cedera. Saya sentiasa ikhlas terhadap MY, dan sehingga kini, setiap seorang daripada kamu benar-benar berharga bagiku.

Walaupun surat ini mungkin terlalu pendek untuk meluahkan segala perasaan saya, terima kasih kerana membacanya. Pada masa hadapan, saya ingin menunjukkan kepada anda sisi yang lebih matang, tanpa mengecewakan MY, kerana saya bekerja lebih keras dalam aktiviti saya.

MY, sila pastikan untuk makan dengan baik dan mari kita bertemu satu sama lain dalam keadaan yang baik. Saya minta maaf, dan saya sangat berterima kasih.

Selepas surat permohonan maaf itu dikongsi, peminat antarabangsa rata-rata tidak puas hati kerana Karina tidak seharusnya memohon maaf hanya kerana dia bercinta.

Antara komen yang ditulis,

Ini sangat gila. Dia kena memohon maaf kerana bercinta?!

 

Karina pada dasarnya meminta maaf kerana menjadi mangsa, kerana diintai, kerana privasinya dicerobohi. Ini semua sangat melampau.

 

Dia tak patutnya minta maaf pun..

 

Awak tak layak panggil diri awak sebagai ‘peminat’ sekiranya awak rasa dia harus minta maaf.

Semoga Karina sentiasa kuat..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...