Ikuti Kami:

“Saya Hilang 3kg Dalam 5 Hari” – Gu Hyesun Kongsi Akan Kembali Berlakon Jika Kurus Semula

“Saya Hilang 3kg Dalam 5 Hari” – Gu Hyesun Kongsi Akan Kembali Berlakon Jika Kurus Semula

Rasanya ramai yang merindui Goo Hye-sun dalam dunia K-Drama kan?

Lebih aktif sebagai pengarah kini, wanita itu berkongsi pelan kerjayanya ketika acara tayangan “Director Goo Hye-sun’s Short Story Line” baru-baru ini.

Ditanya penonton bila dia akan kembali berlakon semula, jawabnya,

Saya rasa awak akan dapat melihat saya jika saya kurus semula.

Tambahnya,

Saya sentiasa ada rancangan dan benda untuk ditonton bagi projek seterusnya. Tapi saya sedang menguruskan badan keran mereka menyuruh saya mengurangkan berat badan.

gu hyesun

Mengulas mengenai konsep rakaman kini pula,

Sistem penyediaan drama kini sangat berbeza dengan dahulu. Kalau dulu saya boleh dipilih semalam dan mula penggambaran hari ini tapi sekarang semuanya berbeza. Saya sudah bersedia sejak setahun lali. Terdapat bahagian pra-produksi di mana ianya perlu dilakukan secara perlahan-lahan, jadi saya sedang melihat dengan berjaga-jaga.

Dalam pada itu, Gu Hye-sun menjadi topih perbualan ramai apabila tampil kurus berbanding beberapa hari lalu. Jelasnya, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3 kilogram dalam masa 5 hari lantas mengembalikan wajah asalnya yang runcing.

Siapa nak lihat Gu Hye-sun kembali berlakon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...