Ikuti Kami:

“Saya Harap Saya Dapat..” – Somi Beri Respon Sedih Bila Ditanya Tentang Comeback

“Saya Harap Saya Dapat..” – Somi Beri Respon Sedih Bila Ditanya Tentang Comeback

Comeback kali terakhir dengan lagu “XOXO” pada Oktober 2021, pasti ramai yang menantikan lagu baru dari So-mi, kan?

Jeon So-mi atau lebih dikenali sebagai So-mi, merupakan seorang penyanyi solo yang bernaung di bawah agensi The Black Label kini.

Baru-baru ini, So-mi telah melakukan siaran langsung menerusi VLIVE, untuk berborak tentang pelbagai perkara bersama peminatnya. Khususnya di ruangan komen, seorang peminat menyatakan bahawa dia menantikan kemunculan semula So-mi yang seterusnya.

Bagaimanapun, respon So-mi pada kenyataan tersebut nyata membuat peminat sedih. Jawab idola itu,

Saya harap saya dapat..saya harap saya ada comeback.

Selepas mendengar luahan So-mi mengenai kemunculan semulanya itu, peminat turut sama bersedih dan mengkritik agensi The Black Label kerana tidak memberi peluang buat idola itu untuk melancarkan muzik baru.

Antara komen yang ditulis peminat:

Hati saya sakit untuk dia dan peminat. Dia layak mendapat yang lebih baik 😔

 

The Black Label kan bawah YG, jadi memang jarang artis dapat comeback..

 

So-mi boleh kembali dengan sekurang-kurangnya satu single tahun ini untuk mengekalkan momentum, tetapi The Black Label benar-benar memutuskan untuk tidak buat apa-apa?

jeon somi

Sabar tau So-mi, kami akan setia menunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...