Selepas 2 bulan berkahwin, Ailee dan Choi Si-hun telah pun berfikir tentang mempunyai anak.
Terbaru menerusi saluran YouTube mereka, Ailee dan Choi Si-hun berbincang tentang rancangan mereka untuk membina keluarga dengan anak-anak.
Apabila ditanya sekiranya dia sedang menyahtoksin, Choi Si-hun secara berseloroh menjawab,
Apa yang salah dengan sperma saya? Kotor ke? Saya dah berhenti minum alkohol dan merokok demi bayi kami.
Kemudian ketika diminta untuk memilih sama ada mereka ingin ada anak perempuan atau anak lelaki, Ailee akui bahawa dia tidak kisah.
Namun, Choi Si-hun menyatakan bahawa dia ingin mempunyai anak perempuan. Luahnya,
Saya harap kami mempunyai seorang gadis untuk isteri saya. Saya telah melihat betapa berbezanya rumah tangga apabila ada seorang anak perempuan.
Semoga ada rezeki untuk mereka tak lama lagi!