Ikuti Kami:

“Saya Harap Cheongsan Hidup” – Yoon Chanyoung Kongsi Harapan Untuk ‘All Of Us Are Dead’ Musim Ke-2

“Saya Harap Cheongsan Hidup” – Yoon Chanyoung Kongsi Harapan Untuk ‘All Of Us Are Dead’ Musim Ke-2

Bintang yang kini meningkat naik dari siri Netflix popular “All Of Us Are Dead” Yoon Chan-young, baru-baru ini terlibat dengan satu temu bual, di mana dia berborak tentang pelbagai perkara berkaitan drama itu!

Dalam “All Of Us Are Dead”, Lee Cheong-san (Yoon Chan-young) ialah seorang budak sekolah menengah yang telah menyembunyikan rasa cintanya pada rakan lamanya Nam On-jo (Park Ji-hoo) selama 12 tahun. Menurut pelakon itu, apa yang membantunya memainkan peranan itu tidak lain dan tidak bukan adalah filem “La La Land”. Katanya,

Saya menonton ‘La La Land’ sebelum memasuki sekolah menengah, dan ia sangat cantik. Saya tidak tahu perasaan mempunyai seorang ‘crush’ atau jatuh cinta pada masa itu. Namun begitu, kisah cinta itu sangat sayang, sedih, dan indah. Jadi saya fikir, ‘Saya mahu menceritakan kisah cinta yang begitu indah seperti ini’.

“All of Us Are Dead” berpusat di sekitar sekumpulan pelajar sekolah menengah yang terperangkap di sekolah mereka, yang menjadi asas kepada wabak virus zombi. Di akhir drama, Cheong-san digigit oleh Yoon Gwi-nam (Yoo In-soo), yang telah bertukar menjadi zombi dan kedua mereka terperangkap dalam letupan. Bagaimanapun, ramai yang mengesyaki Lee Cheong-san masih hidup. Chan-young berkata,

Saya ada temu bual dengan media luar negara beberapa hari lalu, malah mereka berminat mengetahui sama ada Cheong-san masih hidup atau sudah mati. Tapi saya pun tak tahu.

Pelakon itu kemudian menyebut soal musim kedua drama itu. Yoon Chan-young berkongsi,

Saya tidak mendengar sebarang berita tentang musim kedua. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Tetapi saya dengar belum ada yang disahkan lagi. Malah pengarah tidak berkata apa-apa kepada saya. Tetapi secara peribadi, saya harap saya hidup. Saya harap Cheong-san hidup.

netflix all of us are dead

Pelakon itu turut menyebut perbezaan yang dia ada dengan watak Lee Cheong-san. Menurutnya,

Saya tersentuh dengan kepercayaan Cheong-san. Dan terdapat banyak saat di mana saya bersimpati dengan pemikirannya. Bezanya, apabila saya melihat ke belakang, saya tidak pernah mempunyai pengalaman ingin bercinta dengan seseorang dengan teruk. Jadi saya melampirkan pelekat On-jo pada bahagian belakang skrip dan telefon saya, supaya saya dapat memahami perasaan itu dan memikirkan On-jo terlebih dahulu.

Korang nak tak musim kedua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...