Ikuti Kami:

“Saya Harap Awak Dah..” – Genap 6 Tahun, SHINee & Peminat Peringati Pemergian Jonghyun

“Saya Harap Awak Dah..” – Genap 6 Tahun, SHINee & Peminat Peringati Pemergian Jonghyun

SHINee dan Shawol (kelab peminat SHINee) memperingati ulang tahun ke-6 pemergian Jong-hyun.

Pada 17 Disember, SHINee telah membuat satu hantaran yang menunjukkan gambar mendiang Jong-hyun yang sedang membuat persembahan di atas pentas di akaun media sosial milik mereka.

Di mana, gambar tersebut telah dihantar dengan kapsyen,

Saya akan sentiasa sayangkan awak.

Syarikat kumpulan tersebut, iaitu SM Entertainment juga turut menghantar gambar dengan kapsyen yang sama sejak kematian ahli SHINee tersebut pada Disember 2017.

Terlebih dahulu pada 18 Disember 2017, Jong-hyun SHINee telah ditemui di dalam keadaan yang tidak sedar di rumahnya oleh pihak polis. Di mana, dia kemudiannya telah disahkan mati beberapa jam selepas tiba di hospital.

Dalam detik renungan yang mengharukan, SHINee dan peminat mereka telah berkumpul untuk memperingati pemergian Jong-hyun.

Malah, peminat turut meninggalkan ucapan mereka bagi memperingati ulang tahun ke-6 pemergian ahli SHINee tersebut.

Rata-rata komen peminat ialah,

Patut la saya rasa hari ini terlampau sejuk, saya harap awak dah tak sakit lagi.

 

Saya sayangkan awak.

 

Saya tak tahu macam mana nak luahkan betapa saya rindukan awak.

 

Saya rasa salji akan mula turun esok, saya sangat rindukan awak Jong-hyun.

 

Kim Jong-hyun awak akan sentiasa menjadi idola saya, selamanya.

Rindu Jong-hyun juga…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...