Ikuti Kami:

“Saya Hanya..” – Setahun Bercinta, Lee Mijoo Beri Petunjuk Bakal Kahwini Song Bumkeun?

“Saya Hanya..” – Setahun Bercinta, Lee Mijoo Beri Petunjuk Bakal Kahwini Song Bumkeun?

Selepas sah sedang bercinta, kenyataan Lee Mi-joo baru-baru ini telah mendapat perhatian.

Pada minggu lalu, agensi telah mengesahkan tentang hubungan antara Lee Mi-joo dan  pemain bola sepak profesional iaitu Song Bum-keun. Menurut info yang diselidiki peminat, pasangan itu sepertinya sudah menjalin hubungan sejak Mac tahun lalu kerana wanita tersebut dilihat sudah menyarungkan cincin pasangan sejak itu lagi.

Terbaru menerusi siaran 20 Oktober program “How Do You Play”, Lee Mi-joo telah mengejutkan ramai dengan kemahiran memasaknya ketika sedang menyediakan penkek soba.

Puji ahli lain,

Awak melakukannya dengan baik walaupun ini adalah kali pertama.

lee mijoo song bumkeun

Respon wanita itu bangga,

Saya hanya perlu berkahwin.

Selepas mendengar kenyataan Mi-joo, netizen rata-rata teruja dan mengharapkan hubungannya bersama Song Bum-keun akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Seronok tengok Mi-joo bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Daily Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...