Utama Rancangan Hiburan “Saya Hantar Surat Khabar..” – Lee Dohyun Kongsi Pengorbanan Untuk Sara Keluarga

“Saya Hantar Surat Khabar..” – Lee Dohyun Kongsi Pengorbanan Untuk Sara Keluarga

lee dohyun

Selepas “The Glory”, pelakon Lee Do-hyun semakin mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai kini.

Terbaru, tvN telah mengeluarkan video trailer “You Quiz on the Block”, menampilkan Lee Do-hyun sebagai tetamu.

Dalam video tersebut, Lee Do-hyun ada berkongsi tentang mengapa rakan sekelasnya mungkin pernah membencinya semasa zaman persekolahan. Kongsi pelakon itu,

Saya sentiasa mahu tugasan kami menjadi yang terbaik jadi, saya dan pasukan sering bekerja semalaman. Hasilnya, kami akhirnya memenangi tempat pertama.

Selain itu, Lee Do-hyun juga turut mendedahkan tentang kehidupannya yang sukar dahulu dan pengorbanannya untuk melakukan apa sahaja bagi menyara ibunya,

Saya mula bekerja sambilan ketika di sekolah menengah. Saya menghantar surat khabar dan bekerja di pelbagai restoran.

lee dohyun you quiz on the block

Kongsi pelakon “18 Again” itu lagi,

Pada masa itu, ibu saya mempunyai tiga pekerjaan dan hanya tidur selama kira-kira empat jam sehari. Saya sangat kasihan kepadanya.

Sementara itu, episod penuh Lee Do-hyun dalam program “You Quiz on the Block” akan dikeluarkan pada 22 Mac ini.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERXports News
Loading...