Ikuti Kami:

“Saya Hampir Menangis Baca Skrip” – Lee Junki Beri Klu Episod Akhir, Ending Sedih Buat ‘Flower Of Evil’?

“Saya Hampir Menangis Baca Skrip” – Lee Junki Beri Klu Episod Akhir, Ending Sedih Buat ‘Flower Of Evil’?

Dah nak masuk episod ke-10 ini, semakin tak tentu arah rasanya apabila menantikan perkembangan plot drama saspens thriller “Flower Of Evil”. Rasanya kebanyakan penonton mempunyai pelbagai persolan yang bermain dalam kepala mereka mengenai kesudahan naskhah ini nanti.

Kelmarin, Lee Jun-ki telah meluangkan masa untuk melakukan Instagram Live bersama peminatnya. Menurut lelaki itu, buat masa ini, penggambaran “Flower Of Evil” sudah pun dihentikan buat seketika waktu kerana kes COVID-19 yang kian meningkat kini di Korea.

Saya rasa sebaiknya penggambaran ditangguhkan demi keselamatan semua orang. Saya kini sedang mengecas tenaga di rumah.

lee junki beri hint episod akhir flower of evil

Di kesempatan ini, memang tak peliklah bila ada yang bertanya mengenai perihal drama popular tersebut. Menurut Lee Jun-ki walaupun naskhah itu kini sudah ditayangkan sehingga episod 9 namun mereka sudah pun menerima skrip untuk episod 16 iaitu episod akhir “Flower Of Evil”.

Bahkan pelakon lelaki itu meluahkan rasa tidak sabar unuk merakamkan episod akhir itu secepat yang mungkin selain memberi hint yang membuatkan penonton berdebar,

Mengenai skrip episod akhir, saya hampir menangis apabila membacanya.

Oleh kerana ‘spoiler’ Lee Jun-ki ini, kebanyakan penonton mengharapkan agar “Flower Of Evil” tidak berakhir dengan kesudahan yang menyedihkan. Semuanya mahukan sinar bahagia menyambut pasangan Baek Hee-sung dan Cha Ji-won selepas pasangan ini terpaksa melalui lembaran hidup yang gelap dan menyakitkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...