Ikuti Kami:

“Saya Hampir Jatuh Cinta Dengan Ahn Hyoseop” – Kim Sejeong ‘A Business Proposal’

“Saya Hampir Jatuh Cinta Dengan Ahn Hyoseop” – Kim Sejeong ‘A Business Proposal’

Tidak dinafikan bahawa Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong merupakan pasangan paling ‘hot’ dalam K-Drama kini.

Bukan sahaja kerana lakonan yang baik namun keserasian antara keduanya di dalam “A Business Proposal” membuatkan ramai yang mahukan mereka bersama dalam dunia sebenar.

Bahkan Kim Se-jeong juga mengakui bahawa hatinya berbunga dek tindakan Ahn Hyo-seop semasa penggambaran. Hal ini dikongsikan wanita itu semasa dokumentari khas drama berkenaan yang ditayangkan baru-baru ini,

Saya hampir jatuh cinta dengan tingkah laku peramah Ahn Hyo-seop.

sbs a business proposal

Ianya kerana lelaki itu yang melayannya dengan baik semasa babak mesra pertama yang dirakamkan mereka. Katanya, meskipun mereka masih belum rapat ketika itu namun tindakan sopan Ahn Hyo-seob membuatkan dia tidak berasa janggal selain mampu menyelesaikan rakaman dengan baik.

Mereka juga sempat berseloroh mengenai betapa klisenya babak ciuman pertama itu. Kata Kim Se-jeong,

Kalau jadi dalam dunia sebenar, hidung dan bibir kami mesti dah berdarah.

ahn hyoseop kim sejeong

Oleh kerana kenyataan yang dikongsi Kim Se-jeong, ramai yang perasan bahawa kedua mereka memaparkan hubungan yang rapat di sebalik tabir.

Serasi kan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...