Ikuti Kami:

“Saya Gementar..” – Diiringi 30 Polis Perancis, Jin BTS Selesai Jadi Pembawa Obor Sukan Olimpik 2024

“Saya Gementar..” – Diiringi 30 Polis Perancis, Jin BTS Selesai Jadi Pembawa Obor Sukan Olimpik 2024

Jin BTS telah membuktikan impak hebatnya sebagai seorang idola!

Terbaru, Jin telah selesai menamatkan larian obor dan tugasnya sebagai pembawa obor untuk Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024.

Menerusi agensinya BigHit Music, lelaki itu meluahkan perasaannya,

Ia adalah satu penghormatan untuk mengambil bahagian dalam detik yang paling bermakna. Terima kasih kepada ARMY, saya dapat memenuhi peranan hebat sebagai pembawa obor. Saya sangat gementar sehingga saya tak sedar masa dah berlalu. Berkat sokongan orang ramai, saya dapat menyelesaikannya dengan baik.

Sambungnya lagi dengan memberikan sokongan buat atlet kebangsaan Korea yang akan menyertai Sukan Olimpik nanti,

Saya berharap mereka akan dapat keputusan yang hebat sesuai atas usaha mereka dan saya akan menyokong mereka dengan sepenuh hati. Saya harap banyak minat akan diberikan sehingga Sukan Paralimpik Paris ke-17.

Sementara itu, ketika dalam perjalanan untuk ke acara tersebut, Jin telah diiringi oleh sekitar 30 Polis Negara Perancis (CRS), membuktikan pengaruh luar biasanya.

Cayalah Jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Chosun Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...