Setelah lama menyepi, Choi Tae-joon akhirnya kembali menemui penonton dengan drama baru!
Terbaru, Choi Tae-joon telah menghadiri sidang media untuk tayangan drama barunya “Iron Family”, yang akan mula disiarkan pada 28 September ini.
Selain bercakap tentang drama itu, Choi Tae-joon juga turut berkongsi sokongan yang dia terima dari isterinya, Park Shin-hye, untuk naskhah tersebut. Kongsinya,
Kami berdua sangat menyokong satu sama lain dan menggalakkan masing-masing untuk bekerja keras.
Sambungnya lagi,
Ini kali pertama saya bercakap tentang isteri saya secara umum, jadi saya sangat gementar.
Elele malu-malu pula!