Ikuti Kami:

“Saya Gembira Sekarang..” – Jin BTS Luah Dah ‘Kuburkan’ Impian Untuk Jadi Pelakon

“Saya Gembira Sekarang..” – Jin BTS Luah Dah ‘Kuburkan’ Impian Untuk Jadi Pelakon

Selain dalam bidang nyanyian, pasti ramai yang berharap agar Jin BTS juga akan menceburi bidang lakonan.

Baru-baru ini, Jin telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan Lee Mu-jin “Lee Mujin Service” di YouTube, bagi mempromosikan album solonya.

Dalam siaran itu, lelaki tersebut turut bercakap sama ada dia ingin melakukan debut sebagai pelakon. Luahnya,

Pada awalnya, saya sangat ingin menjadi seorang pelakon kerana saya belum pernah mencuba jadi pelakon atau penyanyi pada ketika itu. Namun pada akhirnya, bagi saya, menjadi penyanyi dan idola adalah pekerjaan yang indah dan menyeronokkan.

jin bts

Sambungnya,

Impian yang saya pernah ada untuk menjadi pelakon telah dilupakan. Saya gembira menjadi penyanyi.

Takpelah, kita tengok Jin berlakon dalam muzik video je lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...