Meskipun belum pernah mendedahkan wajah namun, ramai yang dapat meneka anak Hyunbin dan Son Ye-jin mesti comel!
Terbaru pada 27 September, Son Ye-jin telah muncul dalam episod baru rancangan golf di YouTube, yang dihoskan oleh Lim Jin-han.
Di hujung siaran, pelakon wanita itu berkongsi perkembangan terkini cahaya mata pertamanya kini dengan berkata,
Bayi saya, kami diberitahu bahawa dia menyerupai kami berdua. Mereka berkata dari matanya ke atas, dia menyerupai saya. Selebihnya dia dapat dari Hyunbin.
Sambungnya lagi,
Tetapi, wajah bayi akan terus berubah. Pada masa ini, dia lebih menyerupai saya yang membuatkan saya gembira.
Sukanya tengok Son Ye-jin nampak gembira je!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.