Gandingan Bona dan Sung-jae menjadi, drama “The Haunted Palace” berjaya menarik minat ramai.
Baru-baru ini, Kim Ji-yeon atau juga mesra dikenali sebagai Bona, telah terlibat dalam satu temu bual susulan tamatnya “The Haunted Palace”.
Ketika sesi temu bual, Bona mengulas tentang kejayaan drama itu yang berjaya mengekalkan rating 9% dari episod pertama hingga mencecah 11% di seluruh negara untuk episod terakhirnya. Luahnya,
Saya sangat gembira kerana hasilnya adalah baik. Bila saya tonton episod pertama dan ratingnya lebih 9%, saya mula-mula fikir ia adalah satu kesilapan. Hati saya berdebar-debar.
Mengenai kemungkinan musim kedua siri tersebut, Bona menjawab,
Musim 2? Hmm sukar. Tetapi jika ada yang menghubungi saya, saya rasa saya patut melakukannya, kan?
Korang nak tak musim kedua?