Ikuti Kami:

“Saya Gembira” – Babak Ranjang Dengan Song Seunghun Tular, Park Jihyun Kongsi Reaksi Ibu Bapa

“Saya Gembira” – Babak Ranjang Dengan Song Seunghun Tular, Park Jihyun Kongsi Reaksi Ibu Bapa

Park Ji -hyun berkongsi pandangan jujurnya mengenai adegan tayang badan.

Terbaru, wanita itu telah menjalani temubual untuk promosi filem “Hidden Face” di mana ia mengisahkan tentang Sung-jin (Song Seung-heon) yang mencari tunang yang hilan, Soo-yeon (Jo Yeo-jung) dengan bantuan rakan sekerja, Mi-joo (Park Ji-hyun).

Ulas Park Ji-hyun mengenai babak tidak berbaju yang turut diselitkan dalam filem itu,

Ketika berlakon, tayang badan bukanlah tumpuan utama. Hanya ada sedikit pendedahan ketika Mi-joo menggoda Sung-jin di depan Soo-yeon, tetapi saya tidak menganggap ia sebagai fokus utama adegan itu.

park jihyun

Pelakon wanita itu juga mengakui bahawa dia tidak merasa terbeban dengan adegan pendedahan tersebut,

Saya rasa gembira kerana ia disiarkan selepas saya sudah lebih dikenali. Jadi, lebih ramai orang akan menonton, kan? Sebenarnya, ramai pelakon baru terlibat dalam filem sebegini, tetapi saya rasa walau bila pun saya ditawarkan projek ini, saya tetap akan memilihnya.

Jelasnya, watak yang di bawa itu terlalu menarik lantas dia tidak kisah untuk melakonkan adegan sedemikian. Malah ibu bapanya juga mengetahui mengenai babak berkenaan dan memilih untuk menghormati pilihan projek lakonannya.

Nantikan tayangan filem ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...