Setelah sekian lama, kita kembali menyaksikan gandingan antara ahli Girls’ Generation dan 2PM.
Terbaru, mereka berdua muncul sebagai tetamu khas dalam rancangan Lee Eun Ji’s Gayo Plaza di KBS Cool FM bagi mempromosikan drama fantasi romantik mereka yang bertajuk “The First Night With The Duke”.
Dalam episod itu, mereka berkongsi kisah-kisah di sebalik tabir ketika hos bertanya kepada Taecyeon jika ada sebarang dialog daripada drama tersebut yang melekat dalam ingatannya. Sebagai respons, dia dan Seohyun melakonkan satu babak pendek dari skrip.
Dalam babak tersebut, watak Seohyun berkata, “Awak dah gila ke?” dan watak Taecyeon membalas, “Mestilah saya gila… untuk Cha Seon-chaek (watak Seohyun).”
Sebaik sahaja dia selesai melafazkan dialog itu, Taecyeon berkata bahawa dia terasa seram sejuk di belakang badan kerana dialog yang terlalu ‘geli’. Hos Lee Eun-ji turut bergurau mengatakan pasti kelakar untuk melakonkan adegan itu. Seohyun terus bersetuju sambil berkata bahawa memang lucu melihat Taecyeon bergelut dengan dialog tersebut. Taecyeon secara berseloroh mengadu, “Dia langsung tak tolong saya!”
Apabila Seohyun cuba mempertahankan dirinya, Taecyeon mendedahkan bahawa Seohyun asyik berkata, “Oppa, jauhlah sikit” semasa sesi penggambaran, mengejeknya kerana dialog yang terlalu memalukan. Seohyun juga menambah bahawa mereka sering berakhir dengan ketawa selepas penggambaran kerana suasana di set yang sangat ceria.
Korang tonton tau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.