Ikuti Kami:

“Saya Gelak Sahaja” – Dikecam Mirip Jimin BTS, Meernash Dedah Turut Disamakan Kai EXO & Lucas NCT

“Saya Gelak Sahaja” – Dikecam Mirip Jimin BTS, Meernash Dedah Turut Disamakan Kai EXO & Lucas NCT

Fenomena K-Pop sememangnya sangat meluas di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Tak peliklah kalau ada setengah penyanyi tempatan menjadikan idola daripada Korea sebagai inspirasi mereka.

Terbaru, penyanyi baru Meernash menerima kecaman kerana wajahnya yang dikatakan seiras dengan Ji-min daripada kumpulan BTS.

Walaubagaimanapun, lelaki berusia 26 tahun itu tidak kisah dengan kritikan tersebut dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Saya faham mungkin peminat Jimin rasa sangat protective terhadap artis kesayangan mereka sampai ada yang sanggup keluarkan kata-kata makian pada saya.

Bahkan ada juga yang pernah samakan wajahnya dengan Kai (EXO) dan Lucas (NCT).

Lucu sebenarnya bila saya baca balik komen-komen netizen sebab bukan Jimin sahaja orang pernah cakap, macam Lucas NCT dan Kai EXO pun pernah.

Tambahnya lagi, dia menganggap perkara itu sebagai publisiti buatnya sebagai penyanyi.

Sejujurnya saya cuma gelakkan sahaja sebab bukan saya yang mengaku muka saya macam Jimin sebaliknya peminat saya yang cakap benda itu… bagi saya perkara macam ini juga sedikit sebanyak dapat juga beri publisiti kepada lagu baharu saya.

meernas lucas

Dari kiri: Meernash, Lucas (NCT)

Meernash mengakui bahawa dtidak salah sekiranya dipengaruhi genre K-Pop, malah menyatakan bahawa dia sangat sukakan lagu berentak laju.

Saya juga pasang impian kalau boleh nak berkolaborasi dengan penyanyi Kpop, Henry. Saya memang minat muzik dia dan harap apa yang saya cita-citakan ini akan tercapai nanti.

Jelasnya, lagu terbarunya ‘Saranghae’ mendapat sambutan yang baik daripada peminatnya kini.

Terdahulu, Meernash pernah tular kerana suaranya yang memukau selepas muncul dalam program ‘I Can See Your Voice Malaysia’.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...