Meskipun dikritik segelintir orang, Nam Yoon-su nampaknya tetap yakin untuk membawa watak lelaki yang suka sesama jantina.
Bagi yang belum tahu, Nam Yoon-su akan memainkan watak sebagai lelaki homoseksual, yang telah bertemu cinta sejatinya Gyu-ho. Namun, dia terpaksa melepaskannya dan mengikuti orang tak dikenali ke Thailand.
Terbaru ketika sesi sidang media, lelaki itu ada memberi respon mengenai kritikan yang dia terima, selepas memilih untuk muncul dalam drama berunsur LGBTQ+. Katanya,
Sejujurnya, saya tidak begitu mengambil berat tentang perkara itu. Jika saya mendapat komen benci, saya ketawakan sahaja. Tetapi komen itu mungkin hanya satu dalam seratus orang. Malah, terdapat lebih banyak sokongan berbanding kritikan.
Kemudian, Nam Yoon-su mengaku bahawa masyarakat kini lebih berfikiran terbuka untuk menerima drama genre sedemikian,
Saya benar-benar merasakan keadaan berubah sejak kebelakangan ini dan rasanya seperti kami membuka laluan baru untuk bergerak ke hadapan. Malah saya juga terfikir tentang betapa masyarakat kita lebih berfikiran terbuka. Saya percaya pengarah dan penulis sepenuhnya apabila saya memilih projek ini.
Sementara itu, drama “Love in the Big City” akan ditayangkan pada 21 Oktober ini, dengan 8 episod secara keseluruhan.
Mungkin itu yang Nam Yoon-su nak..