Ikuti Kami:

“Saya Fikirkan Suami Saya” – Lee Yeonhee Kongsi Sebab Tidak Dedahkan Identiti Suami

“Saya Fikirkan Suami Saya” – Lee Yeonhee Kongsi Sebab Tidak Dedahkan Identiti Suami

Pelakon Lee Yeon-hee mahu rahsiakan wajah suami? Kenapa ya…

Lee Yeon-hee kini bahagia menjalani kehidupan berumah tangga selepas berkahwin dengan seorang jejaka bukan selebriti pada tahun 2020 lalu.

Namun, dalam kebahagiaan itu juga, ada segelintir netizen yang tertanya-tanya mengapa sehingga kini, Lee Yeon-hee masih tidak memuat naik sebarang gambar atau berkongsi mengenai identiti suaminya.lee yeonheeMelihat kepada perkara itu, Lee Yeon-hee menjawab,

Saya cuba menjadi lebih berhati-hati mengenai isu seperti ini. Saya sudah hidup sebagai ‘public figure’ terlalu lama jadi saya rasa saya perlu bahagikan antara kehidupan sebagai artis dan juga privasi saya. Keluarga saya juga bersetuju dengan hal ini. 

Dia menyambung,

Ketika saya makan di kafe dengan kakak saya, ramai yang dapat mengecam saya dengan mudah. Keadaan seperti itu membuatkan kakak saya tidak selesa. Jadi, saya sekarang lebih memikirkan soal ahli keluarga saya, dan saya lebih berhati-hati dengan identiti suami saya. 

Hm… biarlah dia nak rahsiakan pun… kan suami dia…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...