Ikuti Kami:

“Saya Dipaksa” – Babak Tayang Dada Tular, Pengarah ‘The Glory’ Dikritik Dek Temubual Lama Cha Jooyoung

“Saya Dipaksa” – Babak Tayang Dada Tular, Pengarah ‘The Glory’ Dikritik Dek Temubual Lama Cha Jooyoung

Meskipun “The Glory” tamat dengan jayanya namun tetap ada kontroversi yang terpalit dek beberapa perkara yang tidak dijangka.

Dalam banyak-banyak babak yang dipaparkan, ramai yang nyata terperanjat melihat adegan watak Choi Hye-jung yang dilakonkan oleh Cha Joo-young membuka baju hingga menampakkan dadanya.

Disebabkan oleh babak ‘panas’ itu, ramai yang mempersoalkan sama ada ianya disunting menggunakan efek grafik (CGI) ataupun pelakon wanita itu mempunyai pelakon ganti memandangkan di bahagian kredit penghujung cerita terdapat nama pelakon ‘double-stunt’ untuknya.

cha jooyoung chest

Walau bagaimanapun, peminat mula mengorek semula temubual semasa bahagian pertama “The Glory” mengenai baju seksi berwarna putih kembali tular. Jelas Cha Joo-young, juruganya ada membawa baju lain yang lebih comel dan tidak begitu memeluk bentuk badannya.

Meskipun sudah menyediakan baju sendiri, pengarah Ahn Gil-ho membantah dan meminta dia memakai baju putih itu,

Pengarah mahu saya menyarungkan baju putih itu namun saya menolaknya. Saya merasakan ia akan kelihatan hodoh apabila dilihat di skrin. Tapi saya pakai juga tanpa mengetahui bahawa babak itu akan menjadi sebutan ramai.

cha jooyoung

Disebabkan oleh pendedahan pelakon itu, ramai yang menyelar pengarah “The Glory” kerana memaksa Cha Joo-young memakai pakaian yang tidak digemarinya. Malah ada yang merasakan bahawa mungkin babak ‘panas’ yang dirakamkan untuk bahagian kedua itu mungkin ada kisah lain disebaliknya.

Saya berharap sangat babak seperti itu dirakamkan selepas berbincang dengan pelakon. Ianya lebih baik sekiranya pengarah menjelaskan mengapa sesuatu pakaian atau babak itu diperlukan untuk plot.

 

Dalam temubual itu, Cha Joo-young mengeluh semasa menceritakan hal ini. Saya boleh faham reaksi itu sekiranya pengarah memaksanya memakai pakaian yang tidak disukainya.

 

Saya harap mereka menghormati pendapat pelakon.

 

Dress itu okay sahaja tapi saya terperanjat melihat dia membuka bajunya.

 

Saya ingat dia akan menayangkan siluet badan sahaja, saya tak suka bila mereka menyiarkan babak seksual.

 

Pengarah memang perlukan badan wanita untuk berseni ke?

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...