Ikuti Kami:

“Saya Dikritik..” – Meski Dah Kacak, Park Seojoon Dedah Pernah Diminta Jalani Pembedahan Plastik

“Saya Dikritik..” – Meski Dah Kacak, Park Seojoon Dedah Pernah Diminta Jalani Pembedahan Plastik

Bukan senang tau nak jadi artis di Korea Selatan kerana ada pelbagai aspek harus dipertimbangkan.

Baru-baru ini, Park Seo-joon telah muncul dalam program “You Quiz on the Block” sebagai tetamu, di mana lelaki itu ada berkongsi bahawa dia pernah menerima nasihat untuk melakukan pembedahan plastik pada masa lalu.

Pada awalnya, dia mengaku,

Sejak saya masih muda, saya mempunyai banyak kompleks tentang wajah saya dan agak pemalu. Malah saya tidak dapat memesan makanan di restoran.

Sambungnya lagi dengan berkongsi cabarannya ketika membuat persiapan untuk debut,

Sebenarnya, mata saya adalah kompleks terbesar saya. Saya menghadapi kritikan ketika membuat debut, kerana ia sukar bagi saya. Pada masa itu, orang lebih suka mereka yang mempunyai ciri muka lebih berbeza dari saya.

park seojoon

Kemudian, Park Seo-joon turut mendedahkan bahawa dia diminta untuk melakukan pembedahan plastik ketika ingin debut dahulu,

Menerima nasihat untuk melakukan pembedahan plastik membuatkan saya tertanya-tanya, ‘Adakah saya buat kesilapan? Adakah ini bukan laluan saya?’. Memang mencabar untuk melabur dalam masa depan yang tidak menentu dan mengharungi kesukaran.

Dah handsome macam ni pun kena suruh buat pembedahan plastik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...