Ikuti Kami:

“Saya Digunakan” – Dikait Dengan Kim Jongkook, Yoon Eunhye Dedah Sebab Tak Muncul Di ‘Running Man’

“Saya Digunakan” – Dikait Dengan Kim Jongkook, Yoon Eunhye Dedah Sebab Tak Muncul Di ‘Running Man’

Tak kisah lah ke mana pun, sudah pasti Kim Jong-kook dan Yoon Eun-hye akan ditanya soalan mengenao satu sama lain oleh semua orang memandangkan gosip cinta mereka sejak muncul mesra dalam program “X-Men” dahulu.

Terbaru, Yoon Eun-hye sekali lagi diasak mengenai soalan ‘berbisa’ itu apabila muncul dalam rancangan “Kyang Nawa” di Naver NOW yang dikelolakan oleh Kang Ho-dong.

Semasa permainan ‘Dangyeonhaji’ (Tentulah), pengacara itu kerap menyebut mengenai Kim Jong-kook dan “Running Man” bagi mengusik wanita berkenaan,

Awak pergi ke pelbagai program hiburan kecuali ‘Running Man’ kan? Walaupun kalau ke sana awak akan jumpa ramai orang dirindui, namun awak tak ke ‘Running Man’ tapi ke program lain sahaja?

kim jongkook yoon eunhye

Walaupun menjawab ‘Dangyeonhaji’ untuk kedua-dua soalan itu, namun Yoon Eun-hye mengatakan ‘tidak’ selepas permainan tamat.

Kemudian, Kang Ho-dongs sekali lagi mencuba nasib dan bertanya,

Yoon Eun-hye paling sayang tomato, Swiss, tahi bintang dan KJK (Kim Jong-kook)?

Tak mampu menjawab apa-apa, akhirnya wanita itu kalah dalam permainan tersebut dek soalan cepumas tersebut. Katanya,

Agaknya semua di ‘Running Man’ seronok saya tak datang. Sebabnya sekali pun saya tak pernah menerima jemputan mereka.

kim jongkook yoon eunhye

Seloroh Kang Ho-dong,

Yoo Jae-suk hanya menggunakan awak untuk rancangan sahaja kot?

Saja menyambung usikan itu, kata Yoon Eun-hye,

Saya digunakan. Bila terfikir, rasanya betullah saya digunakan seperti itu. Saya tidak diendahkan di ‘How Do You Play?’, nampaknya betul kata awak yang saya digunakan? Saya tak tahu tapi apabila mendengar kata-kata awak, saya rasakan betul juga yang Yoo Jae-suk menggunakan saya.

kim jongkook yoon eunhye

Kang Ho-dong yang terkejut mendengar pengakuan itu dan berasa bersalah,

Minta maaf Yoo Jae-suk.. saya mohon maaf..

Nasiblah Yoon Eun-hye..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...