Disebabkan ‘Burning Sun’ kembali menjadi bualan, makin ramai nama artis yang menerima tempias kini.
Terbaru, Lee Cheol-woo yang berlakon dalam “Lovely Runner” kini dituduh pernah menjadi ahli dalam ruang sembang bersama Jung Joon-young dan yang lain.
Oleh kerana topik ini semakin hangat, pihak lelaki itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi.
Hai, ini Lee Cheol-woo.
Seperti yang dinyatakan melalui syarikat pada masa itu, saya ingin mengulangi bahawa saya tidak termasuk dalam bilik sembang tersebut.
Sebagai satu kejadian yang tidak diingini, ruang sembang yang disebutkan adalah ‘ruang sembang program’ untuk berkongsi jadual dan kandungan yang diperlukan untuk penggambaran ketika saya muncul dalam rancangan hiburan JTBC ‘Hitmaker’ pada tahun 2016, dan saya tidak berkongsi cerita peribadi selain yang berkaitan dengan program tersebut. Selepas program itu berakhir, ruang sembang tersebut telah hilang.
Bukan sahaja saya, tetapi keluarga dan kenalan saya turut menderita akibat maklumat palsu dan komen jahat yang berlanjutan selama beberapa tahun.
Kami dengan penuh harapan meminta agar anda berhenti membuat spekulasi dan andaian melulu, dan kami akan mengambil tindakan tegas terhadap komen jahat dan penyebaran maklumat palsu pada masa akan datang.
Terdahulu, Lee Cheol-woo pernah dikritik mempunyai kaitan dengan kes berkenaan apabila namanya dipetik namun dia telah menjelaskan hal berkenaan dahulu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.