Ikuti Kami:

“Saya Dah Sampai Limit” – Taemin SHINee Dedah Sebab Ingin Debut Solo

“Saya Dah Sampai Limit” – Taemin SHINee Dedah Sebab Ingin Debut Solo

Benar lah orang kata, bukan mudah nak jadi artis ni.

Tae-min baru-baru ini telah menjadi tetamu di rancangan “Suchwita” milik Suga dan ahli BTS itu telah memuji keberanian Tae-min menjadi ahli SHINee pertama yang melakukan debut solo walaupun dia merupakan ahli termuda kumpulan itu.

Sebelum melakukan debut solonya, Tae-min dikenali sebagai ahli yang sering mendapat bahagian yang sedikit dalam lagu-lagu SHINee. Di mana dia sering mendapat dua ke empat baris bahagian sahaja.

Disebabkan hal ini, Tae-min mendedahkan bahawa dia telah membuat perancangan untuk masa depannya apabila dia mencecah umur 20 tahun.

taemin

Katanya,

Masa itu saya dah berjanji dekat diri saya yang saya nak usaha keras dan jadi yang terbaik apabila saya cecah umur 20 tahun.

Tambahnya,

Tapi ada satu malam selepas persembahan dekat MBC Gayo Daejejeon tahun 2012, saya tak tahu kenapa saya rasa ada yang kurang dalam diri saya. Dia macam ada sesuatu yang hilang.

shinee mbc gayo daejejeon

Adunya lagi,

Lepas saja habis persembahan itu, semua pergi makan bersama tapi saya seorang saja yang balik ke bilik latihan. Saya menangis, menjerit dan saya berlatih selama berjam-jam pada malam itu. Sampai satu saat saya rasa yang saya dah sampai limit saya.

Dalam masa yang sama, Suga telah memuji kecekalan hati Tae-min untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi sehingga kini.

Malah, Tae-min juga menyatakan bahawa sekarang dia sudah boleh menerima dirinya seadanya dan ingin terus melakukan semua benda yang disukainya.

Kesian Tae-min, tapi apa-apa pun sekarang usaha Tae-min dah membuahkan hasil yang baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...