Adakah Jang Geun-suk bakal berkahwin tak lama lagi?
Dalam video YouTube terbaru di saluran milik pelakon lelaki itu, dia telah melawati satu perkhidmatan mencari jodoh untuk melihat prospek pasangan yang sesuai buatnya.
Dah lama saya nak cuba kandungan ini, saya akan berkahwin.
Apabila pihak produksi sepertinya terpinga-pinga dengan luahan lelaki itu, jawabnya,
Saya serius. Dalam sejarah kandungan kita, masa hadapan saya bergantung dengan isu ini.
Luah lelaki itu lagi, dia berasa gementar sekiranya ada yang akan menghukum personaliti dan spesifikasi hidupnya. Pun begitu, dia tetap teruja dengan kemungkinan untuk bertemu pasangan hidup selepas perjumpaan ini. Usik pihak produksi jika ianya tak membuahkan hasil,
Tapi ianya saya!
Seloroh mereka,
Tahu lah awak, tapi awak ke sini sebab tak jumpa calon lain kan.
Semasa berbual dengan konsultan di situ, mereka memaklumkan bahawa profil calon wanita yang sesuai buatnya akan dihantar dalam masa 10 hari. Cuba meminta supaya proses dipercepatkan, ulas Jang Geun-suk mengenai wanita idealnya,
Saya berharap orang itu bertimbang rasa. Seorang yang ada nilai tulen dan mempunyai jalannya sendiri. Dan dia kena sibuk kerana saya sibuk. Contohnya, kalau saya balik lewat malam selepas minum, agak keterlaluan jika dia menunggu saya.
Uuu.. adakah Jang geun-suk akan berkahwin?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.