Song Ji-hyo perjelas sebab cuba pelbagai benda baru kini.
Dalam sidang media bagi dokumentari JTBC bertajuk “Deep Dive Korea: Pengembaraan Haenyeo Song Ji-hyo” telah diadakan di Hotel Stanford, Sangam, Mapo-gu, Seoul.
Ia merupakan dokumentari yang memaparkan perjalanan Song Ji-hyo menyahut cabaran sebagai haenyeo (penyelam wanita tradisional Jeju) serta menjalin hubungan erat dengan komuniti tersebut.
Pada hari itu, Song Ji-hyo berkongsi sebab dia bersetuju menyertai program ini. Katanya,
Sebaik sahaja saya menerima cadangan rancangan ini, saya terus rasa ‘ini memang untuk saya’. Saya benar-benar berharap hanya saya sahaja yang dapat melakukannya kerana saya sangat ingin mencuba.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi,
Saya sudah bersama ‘Running Man’ lebih 10 tahun, masih berlakon juga, tapi hidup saya sebenarnya dah rasa tak seronok. Bukan saya benci, tapi saya rasa letih dengan rutin yang sama dan berulang. Ketika itu tawaran dokumentari ini datang. Tambahan pula, ia berkaitan haenyeo dan laut—sesuatu yang saya sukai. Saya anggap ia seperti takdir. Jadi saya nekad untuk lakukannya.
Jelasnya, dia seronok mengalami kesukaran untuk mempelajari sesuatu yang baru lantas merasakan bahawa dokumentari ini hadir sebagai takdir terbaru buatnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.