Ikuti Kami:

“Saya Dah Lama Putus Hubungan” – Keluarga Penuh Kontroversi, Lee Jiah Beri Kenyataan Jujur

“Saya Dah Lama Putus Hubungan” – Keluarga Penuh Kontroversi, Lee Jiah Beri Kenyataan Jujur

Lee Ji-ah akhirnya membuka mulut mengenai isu keturunan keluarganya yang dikatakan pro-Jepun ketika zaman taklukan negara itu ke atas Korea satu ketika dahulu.

Pada 21 Februari, Lee Ji-ah melalui agensinya BH Entertainment, memberikan kenyataan mengenai kontroversi berkaitan tindakan pro-Jepun datuknya dengan menyatakan,

Saya telah lama berhati-hati dan memikirkan hal ini, tetapi kini saya percaya adalah tanggungjawab saya untuk menjelaskan keadaan. Walaupun sukar, saya telah mengumpulkan keberanian untuk bersuara.

Pelakon itu menjelaskan situasi peribadinya dengan berkata,

Sejak menjadi bebas pada usia 18 tahun, saya tidak lagi menerima bantuan kewangan daripada ibu bapa saya dan telah terputus hubungan dengan mereka selama lebih dari 10 tahun. Saya tidak terlibat dalam pertikaian harta atau saman yang berkaitan dengan isu ini.

lee jiah

Lee Ji-ah berkongsi bahawa dia pertama kali mengetahui tentang kontroversi itu pada tahun 2011 dan telah mengambil langkah untuk mengesahkan fakta dengan melawat Institut Penyelidikan Kegiatan Kolaborasionis.

Melalui proses ini, saya mengesahkan sumbangan datuk saya, yang tidak boleh dibenarkan, tidak kira apa jua konteks sejarahnya. Jika tanah di Anyang, yang menjadi pusat kontroversi ini, diperoleh semasa penjajahan Jepun, ia harus dipulangkan kepada negara.

Dia menutup kenyataannya dengan permohonan maaf yang tulus,

Saya mengakui sepenuhnya kesalahan sejarah datuk saya dan dengan penuh keikhlasan memohon maaf sebagai keturunan. Saya akan terus menghadapi kebenaran sejarah dengan rendah hati dan hidup dengan rasa tanggungjawab.

Tak baik salahkan Lee Ji-ah sepenuhnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.